Selamat Datang Ke Keldai
Selamat datang kepada yang baru saja klik pada blog keldai ini, diwujudkan masih lagi baru dan bertujuan mengumpul cerita yang bermacam-macam tak kira baik, buruk atau ntah apa-apa..Tapi ini aku post siket je coz sekarang dah pukul 3.16 pagi, aku penah dan aku nak tido dahulu..kalau ada apa-apa masej aku
Seram
Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok. Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu! Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya. Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah. Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. “kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya “dia” masih taknak lepaskan rumah ini”. Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu……………….
dialogssssssssszzz:
Manusia: “Eh dah subuh dah?”
Malaikat: “Bangunlah wahai anak Adam,
tunaikan solat subuh mu..”
Syaitan: “Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ni…awal lagi…zzzzzzzz”
Manusia: “Nak makan, laparlah”
Malaikat: “Wahai Anak Adam, mulakanlah
dengan Bismillah… “
Syaitan: “Ahh, tak payahla… dah lapar
ini!! Mmm..sedapnyaaaa”
Manusia: “Hari ni nak pakai apa ye?”
Malaikat: “Wahai anak Adam, pakailah
pakaian yg menutup aurat”
Syaitan: “Ehh, panaslah, takde style
langsung, nampak kampung!!!”
Manusia: “Alamak, dah lewat!”
Malaikat: “Bersegeralah wahai manusia,
nanti terlewat ke pejabat..”
Syaitan: “Ahhh awal lagi..mmm..aaahh?
Suruh si X, punchkanlah”
Manusia: “Azan sudah kedengaran.. .”
Malaikat: “Wahai anak Adam, segeralah
menunaikan kewajipan”
Syaitan: “Baru pukul berapa..rilexlah.
.awal lagi nieii”
Manusia: “Eh, eh… tak boleh tengok ni,
berdosa…”
Malaikat: “Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui!”
Syaitan: “Perggghh.. best tu…rugi ooo
kalau tak tengok nie..”
Manusia: “Saudaraku sedang melakukan dosa”
Malaikat: “Wahai anak Adam, cegahlah ia..”
Syaitan: “Apa kau sibuk? Jangan jaga
tepi kain orang, lantaklahh”
Manusia: “Elok kalau aku sampaikan
nasihat ini kepada orang lain”.
Malaikat: “Wahai anak Adam,
nasihat-menasihatil ah sesama kamu..”
Syaitan: “Sendiri pikirlah, semua dah
besar, buat apa susah2..pandai2lah?
Manusia: “Aku telah berdosa..”
Malaikat: “Wahai anak Adam, bertaubatlah
kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun… “
Syaitan: “Tangguhlah dulu, lain kali
boleh bertaubat… lagipun muda hanya
sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)”
Manusia: “Kalau pergi disko, mesti seronok!”
Malaikat: “Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..”
Syaitan: “Jangan bimbang, tiada sesiapa
yang tahu…Jomlahhh”
Manusia: “Uuhhh letihnya arini..tak
solat lagi nieee”
Malaikat: “Wahai anak Adam, taatilah
Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia
dan akhirat untukmu. Solat itu Syaitan:
“Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah)
untukmu…”
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
Manusia: “Patutke aku biarkan e-mail ini
dalam mailbox aku?”
Malaikat: “Ingatkan kawan yang anda
kenal. Forward cerita ini”
Syaitan: “Tak payahlah sebuk2
Khas Untuk Wanita
Al-Quran dan as-Sunnah telah
memberikan ibrah dan pelajaran kepada
kita untuk dijadikan bahan renungan dan
untuk memeriksa diri, diantaranya
tentang balasan orang-orang yang beriman
kepada Allah dengan syurga dan balasan
orang-oarang yang berbuat maksiat adalah
api neraka. Maka selain daripada itu
Rasulullah s.a.w pernah berkata tentang
perihal kehidupan para ahli neraka,
sebagaimana kebanyakkan di antaranya
adalah para wanita. Kerana apabila
mereka tidak komitmen terhadap agamanya,
dan tidak menjaga akhlak dan budi
pekertinya, maka nescaya akan terjerumus
kepada jurang kehinaan dan kesengsaraan.
Kerana sebagai makhluk yang sangat lemah
secara tabi’i merupakan santapan empuk
bagi syaitan didalam melancarkan
serangannya. Dengan demikian akan
mempermudah didalam upaya menggangu dan
mengheret kepada kemaksiatan, baik
melalui perkataan mahupun perbuatan.
Adapun tentang para lelaki jarang
diperbincangkan dibanding para wanita.
Kerana sebagai makhluk yang lemah
apabila betemu dengan teman-temannya di
dalam suatu majlis, maka akan berubah
menjadi majlis naminah yakni saling
mengadu domba dan majlis ghibah yakni
memburukkan orang lain sedang ia tidak
mengetahui, dan majlis yang menyebarkan
berbagai tuduhan dan fitnah.
Sebagaimana diketahui bahawa
sekarang ini kita berada di zaman yang
tidak mengenal malu, iaitu dengan
meluaskan kejahatan-kejahatan moral dan
akhlak yang nampak segi kuantitinya dari
para wanita.
Maka sebagai agama Islam pada kurun
mulanya sudah memberi ilustrasi kepada
kita bahawa timbulnya
kerosakkan-kerosakkan di dunia
disebabkan kerenah manusia itu sendiri.
Namun kerana ramai diantara mereka yang
tenggelam dengan permainan dan tipudaya
dunia, maka tidak sedikit diantaranya
yang merosakkan agamanya sendiri dan
berkiblat dan menyerupai kehidupan
barat, akhirnya jauh dari nilai-nilai
agama yang mulia dan fitrah yang lurus.
Disini saya sebagai hamba yang
lemah, dan tidak luput dari kesalahan
merasa terpanggil untuk saling
mengingatkan, firman Allah S.W.T yang
bermaksud :
” Dan tetaplah memberi peringatan,
kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang mukmin “
(adz-Zariyat :55}
Mudah-mudahan dengan secebis petikan ini
dapat menggugah hati para pembaca,
khususnya para wanita untuk kembali
kepada fitrah sebagaimana orang-orang
yang berjalan diatas takwa dan diatas
ahkaamullah yakni syariat Allah sehingga
hati mereka menjadi khusyuk dan jiwa
menjadi tenang di atas manhaj al-haq.
Dibawah ini merupakan beberapa golongan
wanita penghuni neraka :
* Berlebihan dalam berhias
* Meratapi mayat
* Memakai rambut palsu
* Mengurangi kesempurnaan Allah
* Memakai Wangi-Wangian
* Munafik
* Mendedahkan aurat
* Menderhakai suami
* Menggugurkan Kandungan
* Merampas suami orang lain
* Perempuan Penzina
* Meyerupai lelaki
* Memakai barang haram
* Meremehkan kewajipan solat