dialogssssssssszzz:

September 28, 2007 at 1:37 am (Lawak)

Manusia: “Eh dah subuh dah?”
Malaikat: “Bangunlah wahai anak Adam,
tunaikan solat subuh mu..”
Syaitan: “Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ni…awal lagi…zzzzzzzz”

Manusia: “Nak makan, laparlah”
Malaikat: “Wahai Anak Adam, mulakanlah
dengan Bismillah… “
Syaitan: “Ahh, tak payahla… dah lapar
ini!! Mmm..sedapnyaaaa”

Manusia: “Hari ni nak pakai apa ye?”
Malaikat: “Wahai anak Adam, pakailah
pakaian yg menutup aurat”
Syaitan: “Ehh, panaslah, takde style
langsung, nampak kampung!!!”

Manusia: “Alamak, dah lewat!”
Malaikat: “Bersegeralah wahai manusia,
nanti terlewat ke pejabat..”
Syaitan: “Ahhh awal lagi..mmm..aaahh?
Suruh si X, punchkanlah”

Manusia: “Azan sudah kedengaran.. .”
Malaikat: “Wahai anak Adam, segeralah
menunaikan kewajipan”
Syaitan: “Baru pukul berapa..rilexlah.
.awal lagi nieii”

Manusia: “Eh, eh… tak boleh tengok ni,
berdosa…”
Malaikat: “Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui!”
Syaitan: “Perggghh.. best tu…rugi ooo
kalau tak tengok nie..”

Manusia: “Saudaraku sedang melakukan dosa”
Malaikat: “Wahai anak Adam, cegahlah ia..”
Syaitan: “Apa kau sibuk? Jangan jaga
tepi kain orang, lantaklahh”

Manusia: “Elok kalau aku sampaikan
nasihat ini kepada orang lain”.
Malaikat: “Wahai anak Adam,
nasihat-menasihatil ah sesama kamu..”
Syaitan: “Sendiri pikirlah, semua dah
besar, buat apa susah2..pandai2lah?

Manusia: “Aku telah berdosa..”
Malaikat: “Wahai anak Adam, bertaubatlah
kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun… “
Syaitan: “Tangguhlah dulu, lain kali
boleh bertaubat… lagipun muda hanya
sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)”

Manusia: “Kalau pergi disko, mesti seronok!”
Malaikat: “Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..”
Syaitan: “Jangan bimbang, tiada sesiapa
yang tahu…Jomlahhh”

Manusia: “Uuhhh letihnya arini..tak
solat lagi nieee”
Malaikat: “Wahai anak Adam, taatilah
Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia
dan akhirat untukmu. Solat itu Syaitan:
“Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah)
untukmu…”

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
Manusia: “Patutke aku biarkan e-mail ini
dalam mailbox aku?”
Malaikat: “Ingatkan kawan yang anda
kenal. Forward cerita ini”
Syaitan: “Tak payahlah sebuk2

Permalink Leave a Comment