nadia haron

November 11, 2007 at 4:38 am (Wanita)

dsc00135.jpg

Permalink Leave a Comment

Khas Untuk Wanita

September 28, 2007 at 1:28 am (Wanita)

1_331718205s.jpg Al-Quran dan as-Sunnah telah
memberikan ibrah dan pelajaran kepada
kita untuk dijadikan bahan renungan dan
untuk memeriksa diri, diantaranya
tentang balasan orang-orang yang beriman
kepada Allah dengan syurga dan balasan
orang-oarang yang berbuat maksiat adalah
api neraka. Maka selain daripada itu
Rasulullah s.a.w pernah berkata tentang
perihal kehidupan para ahli neraka,
sebagaimana kebanyakkan di antaranya
adalah para wanita. Kerana apabila
mereka tidak komitmen terhadap agamanya,
dan tidak menjaga akhlak dan budi
pekertinya, maka nescaya akan terjerumus
kepada jurang kehinaan dan kesengsaraan.
Kerana sebagai makhluk yang sangat lemah
secara tabi’i merupakan santapan empuk
bagi syaitan didalam melancarkan
serangannya. Dengan demikian akan
mempermudah didalam upaya menggangu dan
mengheret kepada kemaksiatan, baik
melalui perkataan mahupun perbuatan.

Adapun tentang para lelaki jarang
diperbincangkan dibanding para wanita.
Kerana sebagai makhluk yang lemah
apabila betemu dengan teman-temannya di
dalam suatu majlis, maka akan berubah
menjadi majlis naminah yakni saling
mengadu domba dan majlis ghibah yakni
memburukkan orang lain sedang ia tidak
mengetahui, dan majlis yang menyebarkan
berbagai tuduhan dan fitnah.

Sebagaimana diketahui bahawa
sekarang ini kita berada di zaman yang
tidak mengenal malu, iaitu dengan
meluaskan kejahatan-kejahatan moral dan
akhlak yang nampak segi kuantitinya dari
para wanita.

Maka sebagai agama Islam pada kurun
mulanya sudah memberi ilustrasi kepada
kita bahawa timbulnya
kerosakkan-kerosakkan di dunia
disebabkan kerenah manusia itu sendiri.
Namun kerana ramai diantara mereka yang
tenggelam dengan permainan dan tipudaya
dunia, maka tidak sedikit diantaranya
yang merosakkan agamanya sendiri dan
berkiblat dan menyerupai kehidupan
barat, akhirnya jauh dari nilai-nilai
agama yang mulia dan fitrah yang lurus.

Disini saya sebagai hamba yang
lemah, dan tidak luput dari kesalahan
merasa terpanggil untuk saling
mengingatkan, firman Allah S.W.T yang
bermaksud :

” Dan tetaplah memberi peringatan,
kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang mukmin “

(adz-Zariyat :55}

Mudah-mudahan dengan secebis petikan ini
dapat menggugah hati para pembaca,
khususnya para wanita untuk kembali
kepada fitrah sebagaimana orang-orang
yang berjalan diatas takwa dan diatas
ahkaamullah yakni syariat Allah sehingga
hati mereka menjadi khusyuk dan jiwa
menjadi tenang di atas manhaj al-haq.

Dibawah ini merupakan beberapa golongan
wanita penghuni neraka :

* Berlebihan dalam berhias
* Meratapi mayat
* Memakai rambut palsu
* Mengurangi kesempurnaan Allah
* Memakai Wangi-Wangian
* Munafik
* Mendedahkan aurat
* Menderhakai suami
* Menggugurkan Kandungan
* Merampas suami orang lain
* Perempuan Penzina
* Meyerupai lelaki
* Memakai barang haram
* Meremehkan kewajipan solat

Permalink 1 Comment